Saturday, August 24, 2019

Kari kambing meletop


Semasa belum kahwin, tengok mak saya masak kari, dalam hati selalu berbisik susahnya nak masak kari. Perlu ingat bahan-bahan dan cara-caranya.

Apabila dah berkahwin hampir 11 tahun, eh tak ada lah susah sangat nak buat kari. kami sekeluarga suka makan dirumah, suami dan anak-anak suka makan apa yang saya masak.

Secara tak langsung sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap kemahiran saya dalam memasak.

Hari ini saya nak kongsikan resepi Kari kambing.


Bahan-bahan

- 1/2 kg Kambing
- 4 biji Kentang
- 6 sudu besar rempah kari daging
- santan
- kerisik
- garam secukup rasa
- Minyak
- Daun kari
- Rempah 4 sekawan.
- Air


Bahan kisar / tumbuk

- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 sudu kecil jintan manis / jintan putih


Cara-caranya

- Masukkan minyak, tumis daun kari dan rempah 4 sekawan.
- Apabila sudah agak kekuningan, masukkan bahan yang dikisar.
- Kemudian masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak
- Masukkan daging dan sedikit air.  Masak separa lembut masukkan kentang.
- Masukkan santan, kerisik dan garam secukup rasa.





Sediakan semua bahan-bahan


Tumis daun kari, rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan pula rempah kari.


Masukkan daging kambing dan kentang , gaul sebati


kemudian masukkan santan, kerisik, dan garam secukup rasa.


Dah siap !

Selamat mencuba semua. :)



No comments:

Post a Comment

Copyright@semua hak milik Noor Faina Iliana Mansor