Thursday, August 29, 2019

Ayam masak kicap daun kari






Apabila beli ayam pasti teringat nak masak ayam masak kicap kegemaran anak-anak.

Ayam masak kicap saya ada dua versi. Satu versi rajin dan satu lagi versi malas. 

Versi malas tu senang sangat. Goreng ayam sampai garing kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Masukkan kicap, gaul balik dah siap.

Tapi kali ni saya nak kongsi ayam masak kicap versi rajin.

Panjang sedikit langkah penyediaanya tetapi berbaloi sebab sedap. Anak-anak lah yang cakap.

Bahan-bahan :-

1/2 ekor ayam
kentang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1sb cili kering kisar
1 sb serbuk kari daging/ayam
2 biji bawang holland
Daun kari
1 btg serai
Rempah 4 sekawan
kicap
Air
Garam 


Cara-caranya :- 

- Goreng ayam dan kentang hingga masak.

- Angkat ayam dan kemudian guna minyak yang sama tumis rempah 4 sekawan, daun kari, serai, bawang putih, bawang besar, halia yang dimayang.

- Semua bahan dah kekuningan, masukkan pula cili kering kisar dan serbuk kari. 
- Masukkan sedikit air dan biarkan cili hingga masak.

- Masukkan Ayam, kentang dan bawang holland tadi.

- Masukkan kicap lemak manis, sedikit air dan graam.

- Gaul sebati dan siap. jika tak mahu kering, boleh tambah lagi sedikit air.




Sediakan bahan-bahan terlebih dahulu



Ayam digoreng terlebih dahulu



Kentang digoreng 



Tumis Bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, serai dan rempah 4 sekawan



semua bahan dah kekuningan, masukkan rempah kari dan cili kering yang dah dikisar



 Biarkan rempah kari dan cili kisar sehingga masak. masukkan sedikit air.



Masukkan ayam, kentang dan bawang holland.





 Masukkan sedikit air, tunggu sehingga mendidih dan dah boleh tutup api.

Dah siap, Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment

Copyright@semua hak milik Noor Faina Iliana Mansor