Apabila saya post pasal mata Adam bengkak disebabkan oleh makan durian yang agak banyak. Ada rakan facebook yang komen itu mungkin disebabkan Histamin.
Apa itu histamin. saya terus cari info berkenaan histamin.
Apa yang saya faham Histamin adalah bahan kimia yang terlibat dalam sistem imun. Peranan histamin dalam badan menyebabkan tindak balas keradangan serta merta.
Histamin menyebabkan pembuluh darah membengkak, atau mengembang, supaya sel darah putih mudah mengesan dan menyerang jangkitan dengan cepat.
Mata Adam bengkak selepas makan durian.
.
Makanan yang tinggi histamin antaranya adalah :-
Makanan yang tinggi histamin antaranya adalah :-
Cuka yang terkandung dalam makananan: jeruk, mayonis, olive
Makanan masam: sour cream, susu masam, buttermilk, roti masam, etc
Buahan kering: apricot, prun, kurma, fig, kismis
Semua buah sitrus
Semua buah sitrus
Kacang: walnuts, gajus, dan kacang tanah
Sayuran dan buah: Avokado, terung, bayam, tomato, capsicum, cili, durian
Sebilangan spesis ikan:ikan salai, ikan kembung,tuna, ikan bilis, ikan sardine
.
Senarai makanan rendah histamin:-
Senarai makanan rendah histamin:-
Daging atau ayam segar ( lepas sembeli terus dimasak atau terus dibekukan dan bila nyah beku terus dimasak.
Ikan segar
Telur ( kecuali orang yang allergi telur)
Bebas gluten bijiran, beras, quinoa
Mentega kacang tulen
Buah segar: manga, pir, tembikai, epal, kiwi, cantaloupe, anggur
Sayur segar (kecuali tomato, bayam, avocado dan terung)
Gantian tenusu: susu kelapa, susu beras, susu hemp, susu almond
Minyak masak: minyak olive, minyak kelapa
Daun herba & teh herba.
.
Nanti saya share pula berkenaan dengan Antihistamin ya.
Nanti saya share pula berkenaan dengan Antihistamin ya.
lagi banyak yang kita baca lagi banyak yang kita tak tahu. Setiap yang berlaku ada hikmah.
Mula terfikir adakah penghidap resdung sebenarnya disebabkan histamin bukan disebabkan ada ulat dalam hidung?
No comments:
Post a Comment
Copyright@semua hak milik Noor Faina Iliana Mansor