Apabila mempunyai anak perempuan yang tengah membesar, sebagai seorang ibu, perlu prihatin dengan keperluan beliau.
Sikap saling berkongsi antara ibu dengan anak perempuan menunjukkan langkah awal memupuk keakraban.
Kemampuan khusus anak perempuan atau ibunya untuk mengekspresikan perasaan-perasaan akan membantu kami menjadi dekat antara satu sama lain.
Anak perempuan akan mendapat pengalaman secara langsung dari ibunya dalam menghadapi pelbagai persoalan, melakukan kerja-kerja rumah dan menjaga penampilan diri.
Sewaktu tahun-tahun pertama, ketika anak perempuan sedang membangun identiti diri seawal usia 4 tahun, Anak perempuan akan mengamati setiap gerak-geri ibunya sehingga dirinya boleh tampil seperti ibunya juga.
Ketika ini seorang ibu perlu menjadi contoh atau role model terbaik untuk anak perempuan. Si ibu perlu menjadi pendengar setia kepada setiap persoalan yang keluar dari mulut seorang anak perempuan.
Ketika anak perempuan meningkat dewasa, pemerhatiannya akan berubah menjadi kritikan. Sebagai ibu saya tidak boleh silap dalam menilai kritikan yang disuarakan oleh si anak.
Anak perempuan gemar menilai apa sahaja yang dilihat salah pada pandangan matanya. Dengan melepaskan emosinya kepada si ibu, anak perempuan berharap ia boleh difahami.
Tahap kesabaran seorang ibu juga harus tinggi jika mempunyai anak perempuan yang soalan "KENAPA" itu tidak pernah habis.
No comments:
Post a Comment
Copyright@semua hak milik Noor Faina Iliana Mansor