Saturday, August 17, 2019

Pantai Merchong - Family Day 2019



Event : Family Day 2019
Date : 12/08/2019
Venue : Pantai Merchong

Family day tahun ini kami hanya adakan di pantai berhampiran dengan rumah sahaja. Dengan keadaan kesihatan mak mentua yang kurang baik, kami semua sepakat untuk tidak pergi jauh.

Alhamdulilah perancangan dalam masa seminggu berjalan lancar dengan izin Allah.

Tarikh ini dipilih kerana kebetulan cuti Raya Aidiladha dan semua keluarga dapat turut serta.

Untuk Family day kali ini kami hanya membuat kutipan sebanyak RM50.00 sahaja dari satu keluarga. Alhamdulilah, kami dapat banyak sumbangan dari ahli keluarga dari segi kewangan, makanan, hadiah dan goodie beg.


12/08/2019

8.30 pagi : Sarapan pagi

9.00 pagi : 
- Semua keluarga berkumpul di pantai
- Bacaan doa dari Pengerusi Majlis
- senamrobik

9.00 pagi : Acara Sukaneka
- Isi air dalam botol
- Bawa bola ping-pong guna sudu
- Lari ikat kaki
- Lari kepit belon
- Lari dalam guni
- Passing air dalam cawan
- Passing tepung pakai tangan
- Sepakan penalti

11.30 pagi : Bola sepak pantai

12.30 tengahari : Acara tarik tali

1.00 petang : Acara rebut gula-gula bagi kanak-kanak bawah 6 tahun.

Mengikut perancangan awal, pertandingan istana pasir akan diadakan pada sebelah pagi tetapi terpaksa ditukar dengan sukaneka kerana ombak dan air laut agak tinggi.

1.15 petang : Pertandingan istana pasir.

2.00 petang : ambil gambar semua ahli keluarga dan bersurai.

Makan tengahari terpaksa dilambatkan kerana aktiviti memakan masa hingga jam 2 petang.

Aktiviti petang kami semua bersihkan kawasan depan rumah untuk acara sebelah malam iaitu Bbq dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

8.30 malam - 11.00 malam
- Bacaan doa dan ucapan pembukaan dari pengerusi majlis.
- Penyampaian goodie beg
- Penyampaian hadiah acara Sukaneka tempat pertama hingga ketiga
- Cabutan hadiah lucky draw tempat keempat
- Penyampaian hadiah untuk pemenang istana pasir
- Cabutan hadiah lucky draw tempat ketiga 
- Penyampaian hadiah untuk pemenang acara bola sepak pantai
- Penyampaian hadiah untuk birthday bulan 8
- penyampaian hadiah untuk pemenang acara tarik tali kanak-kanak dan dewasa
- Cabutan hadiah lucky draw tempat kedua
- Cabutan hadiah lucky draw tempat pertama
- Penyampaian cenderahati untuk Tok Som sebagai penanung
- Penyampaian hadiah untuk Family sporting.

Bilangan hadiah:
10 goodie beg
4 hamper untuk acara sukaneka
4 hadiah untuk lucky draw
6 hadiah ogos birthday
7 hadiah untuk lain-lain acara
Cenderahati untuk penaung ( Mak mentua)

Kutipan perbelanjaan :
- RM50.00 dari setiap keluarga.

Sumbangan :
- Tunai RM150.00
- Sate 200 cucuk
- Hadiah birthday ogos
- Cenderahati untuk penaung
- Goodie beg
- Pinggan dan cawan pakai buang
- Banner

Beberapa penambahbaikan yang dapat dikenal pasti untuk Family day seterusnya.

- Juri istana pasir wakil dari setiap keluarga
- undian 2 keluarga sebagai penyelaras untuk tahun seterusnya 
- Undian keluarga untuk kumpulan sukaneka tidak boleh sama dengan tahun sebelumnya
- Wakil dari setiap kumpulan sebagai pemantau untuk acara sukaneka
- Perlu tambah aktiviti yang sesuai untuk kaum ibu.


Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga di atas kerjasama yang terbaik.

Semoga event kali ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Aerobik


Isi air dalam botol  


Bawa bola ping pong dalam sudu


Lari ikat kaki


Lari dalam guni





Bola sepak pantai


Tarik tali








Pertandingan istana pasir

















Persediaan tempat BBQ





BBQ








Birthday girl August














Hadiah yang disediakan


Family Day 2019


Family Toksom

" Keluarga Bahagia Hidup Ceria " 12/08/2019

Pantai Merchong





No comments:

Post a Comment

Copyright@semua hak milik Noor Faina Iliana Mansor