Saturday, October 20, 2018

Penyabong Warisan Resort, Mersing - Family Day 2018


Event : Family Day 2018
Date : 10/9/18 - 11/9/18
Venue : Penyabong warisan resort.

Family day 2 hari 1 malam bersama 9 keluarga sebelah suami memberi satu kenangan dan pengalaman yang sangat bermakna.

Dari family day ini kami seluruh keluarga lebih mengenali antara satu sama lain.
Perjalanan dari Shah Alam ke endau mengambil masa selama 6 jam penuh keriangan tak sabar ingin bertemu dengan semua. 😍

Alhamdulilah perancangan dalam masa seminggu berjalan dengan lancar atas izin Allah.
Tarikh dicadangkan pada 8 & 9 sept 2018 terpaksa di tunda ke 10 & 11 sept 2018 atas sebab semua bilik dah penuh.

Tarikh 10hb semasa saya menghubungi pihak resort tinggal bilik cukup2 sahaja. Terus saya booking semua.

1. 1 rumah ( rumah kelantan - 2bilik)
2. 2 family chalet
3. 5 junior suite.

Penginapan;
1. Rumah kelantan RM300
2. Family chalet RM150
3. Junior suite RM170


10/9/2018

12tengahari : makan tengahari pot luck di pantai.
Menu ;
Nasi ayam
Nasi putih & lauk pauk
Mee bandung
Spaggeti
Bubur durian & pulut hitam
Buahan2
Kek

2petang : check in ;

1. pemberian doorgift untuk setiap bilik.
2. Aktiviti bebas

4.30 petang :aktiviti di pantai ;
1. Bola sepak pantai ( kaum ayah & anak lelaki)
2. Istana pasir ( kaum ibu & anak perempuan)

7 petang : balik ke bilik dan aktiviti bebas.

9 malam : berkumpul di rumah kelantan ;
1. Makan malam
-Bbq ayam, udang, sotong
-Nasi putih dan lauk pauk
-Air kelapa

2. penyampaian hadiah;
- Acara bola sepak pantai
- Acara istana pasir
- September birthday
- Cenderahati kepada mak mertua sebagai penaung family day.


11/9/2018
7 pagi : berkumpul di depan kolam renang
- sarapan Nasi lemak & teh o

7.30pagi:
1. acara sukaneka
- bawa bola ping pong dalam sudu
- isi air dalam botol
- passing belon berisi air pada ahli pasukan.
2. Bowling kelapa
3. mencari harta karun

10 pagi: penyampaian hadiah untuk acara sukaneka, bowling kelapa, mencari harta karun & family sporting.

10.30 pagi
- aktiviti memasak bagi kaum ibu
- Aktiviti bebas untuk anak2 mandi kolam dan naik bot & kayak di tasik.
- aktiviti memancing bagi kaum ayah.

12 tengah hari : check out dan makan tengah hari
- Nasi Arab
- Nasi daging
- tembikai

Bilangan hadiah:
8 hadiah untuk semua acara
8 hadiah untuk lucky draw
6 hadiah september birthday
Cenderahati untuk penaung ( Mak mertua)

Kutipan perbelanjaan
1. Harga setiap bilik mengikut keluarga 300/170/150
2. Makan RM70 setiap bilik.

Bahagi tugas kepada beberapa jawatankuasa:
1. Pengacara majlis
2. Sukan
3. Makanan
4. Aktiviti
5. keselamatan
6. Penginapan

Kekurangan :
1. Tak dapat siapkan baju family day
2. beberapa acara tidak dapat diadakan atas kesuntukan masa. 

Review untuk penginapan /5

1. Pemandangan paya bakau yang sangat cantik.
2.Kawasan yang luas sangat sesuai untuk aktiviti keluarga.
3. Setiap bilik dilekangkapi dengan aircond & berada dalam keadaan baik.
3. Kolam renang yang agak besar.
4. Tasik yang luas dilengkapi dengan bot dan kayak percuma sahaja. ( boleh guna sampai lebam😂).
5. Bekalan air di rumah kelantan yang kurang memuaskan.
6. Tong sampah tidak disediakan di rumah kelantan.

Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga di atas kerjasama yang terbaik.
Terima kasih kepada pihak pengurusan resort yang tidak jemu melayan whatsapp saya dari beberapa hari sebelum event berlangsung.
Terima kasih diatas layanan terbaik yang diberikan.
Semoga event kali ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.



view dari bilik junior suite

view dari chalet family

free & easy - mandi kolam



free & easy - naik bot

free & easy - berkayak



pertandingan bola sepak pantai

Pertandingan istana pasir

Hadiah - lucky draw













BBQ - ayam, udang & sotong

Aerobik


Sukaneka

Sukaneka

Pertandingan bowling kelapa




lunch di pantai



Family Day 2018

Family Toksom
Santai bersama

10 & 11 september 2018
Penyabong warisan endau

No comments:

Post a Comment

Copyright@semua hak milik Noor Faina Iliana Mansor