Anak-anak memang suka sangat taman tema, makanya destinasi berjalan-jalan awal tahun ini kami ke Bayou Lagoon Melaka. Suami beli voucher dari tahun lepas dan baru perasan tarikh luputnya 2 hari selepas kami pergi. Sebelum pergi suami dah siap2 pesan, tak ada adegan jalan2 dan shopping. Fokus pergi lepak santai di taman tema dan cari makan sahaja.
Saya macam biasa tetap jadi waze kepada suami walaupun dah banyak kali bawa jalan sesat merata.
Kali ini kami makan Asam pedas Pak Man. Balas dendam tahun lepas pergi tak dapat makan asam pedas. Tengok review dan feedback dari pelanggan sebelum macam berpuas hati. Maka waze sahaja asam pedas Pak Man. Rupa-rupanya dalam 3.5 km sahaja dari Bayou Lagoon.
Hari pertama pergi tak dapat tempat sepenuh-penuhnya siap ada yang berdiri menunggu meja. Maklum lah hari Ahad. Kami ambil keputusan esok datang semula. Alhamdulilah lengang tak ramai orang.
Saya pesan Asam Pedas kembung, pari dan tenggiri. Satu nasi ayam untuk Anati. Bila makanan sampai Adam pula yang terpaksa makan Nasi Ayam. Bagusnya Adam redha sahaja dengan perangai kakaknya.
Harga Asam pedas bermula RM8.00. Harga mengikut jenis ikan dan saiz. Kata pun Asam Pedas kan, mestilah pedas ya amat dan memang kaw. Lepas selesai pekena Asam pedas, kat kedai Pak man ni ada juga keria Gula Melaka.
Yang ni memang terbaik, keria yang sangat lembut dan tak manis sangat. Terasa manis gula Melaka itu. Beli 10 biji sahaja. Dah habis semua teringat-ingat.tak sempat ambil gambar pun. Itu modal untuk repeat hehehe.
Alamat Wisma Asam Pedas Pak Man
No. 51, Jalan KNMP 2A, Kompleks Niaga
Melaka Pedana, Bukit Katil
75450 Melaka.
Untuk tempahan boleh hubungi En Wadi 012-3462924
Nak ke sana waze sahaja Asam pedas Pak Man bukit katil pasti sampai.
No comments:
Post a Comment
Copyright@semua hak milik Noor Faina Iliana Mansor