Thursday, August 22, 2019

5 Tip harapan suami dan isteri dalam rumahtangga.

Kehidupan suami isteri adalah kehidupan yang berkongsi. Berkongsi susah dan senang, pahit dan manis, asam dan garam bercampur dalam satu rasa.

Namun kerana kurang memahami pasangan, maka terjadilah episod makan hati berulam jantung. Oleh itu suami isteri perlu cuba memahami pasangan masing-masing.

.
Bagi saya terdapat 5 perkara yang menjadi pengharapan bagi kedua pihak samada suami atau pun isteri.

.
1. Harapan untuk dihormati.
Isteri perlu buktikan cintanya pada suami dengan menghormati suami. Hormati hak peribadinya, mendahului suami dalam segala hal. Suami tempat pertama untuk mengadu segala hal. Suami pula buktikan kasihnya pada isteri dengan meletakkan isteri sentiasa di sisi suami.

Minta nasihat atau pandangan isteri apabila ingin melakukan sesuatu perkara yang terbaik bagi keluarga Jangan sesekali menunjukkan suami atau isteri lebih berkuasa terutama di hadapan keluarga atau orang lain. Dalam kata lain sentiasa menjaga maruah dan air muka pasangan.

.
2. Harapan untuk Disayangi
Suami dan isteri sebenarnya ingin disayangi. Suami isteri perlu mengambil berat di antara satu sama lain. Balik kerja sama-sama tanya pasangan ok ke tak hari ini. Jika tengok isteri kurang sihat tanya khabar isteri dan bawa ke klinik.
Dengan cara ini pasangan akan merasai disayangi. Isteri pun jika lihat suami keresahan, cuba bertanya jika ada masalah yang hendak dikongsikan. Isteri juga cuba manjakan suami sebab suami suka manja-manja ni.

.
3. Harapan untuk tidak dibanding-bandingkan dengan orang lain.
Suami dan isteri kita, dia adalah dia. Setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Tidak perlu dibanding dengan pasangan lain. Apa yang kita miliki itulah dia anugerah dari Allah untuk kita.

Perbandingan yang negative akan melahirkan rasa cemburu atau tidak puas hati.Ini boleh menjarakkan hubungan suami isteri. Menilai kelemahan itu bagus jika kena pada caranya dan boleh mewujudkan sesuatu yang positif.

.
4. Harapan untuk saling menyokong di atas apa yang diusahakan.
Setiap orang ada minat dan hobi masing-masing. Begitu juga bagi pasangan yang sudah berkahwin. Belajarlah untuk menerima minat masing-masing dan cuba mencari persamaan.
Sokongan dari segi kata-kata semangat, pujian dan melibatkan diri dalam aktiviti suami atau isteri selalunya akan menaikkan semnagat dan motivasi pasangan untuk terus maju. Cubalah menjadi peminat no1 kepada pasangan kita.

.
5. Harapan untuk sama-sama berubah menjadi lebih baik.
Suami isteri mengharapkan kesilapannya ditegur dan dimaafkan oleh pasangan. Tapi perlu diingat puji terlebih dahulu sebelum menegur kesilapan yang dilakukan dengan cara yang sangat lembut.

Teguran untuk kebaikan tidak akan menunjukan yang kita lemah. Sama-sama ingat mengingati untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Jangan sesekali menggnakn kelemahan pasangan untuk menjatuhkan sesama sendiri.
.
Setiap orang ada masanya akan sentiasa berubah-rubah, Cuma yang penting lakukan perubahan itu bersama-sama selagi tidak melanggar hukum syariat. Selagi ia membawa kearah kebaikan nikmatilah bersama. Kehidupan suami isteri adalah satu perkongsian.
.
Semoga kita semua kekal bahagia dengan pasangan masing-masing disamping meraih kasih sayang Allah.

Tiada perkahwinan yang bahagia tanpa pengorbanan yang tiada henti💕




No comments:

Post a Comment

Copyright@semua hak milik Noor Faina Iliana Mansor