Pagi tadi saya post pasal anak saya Adam yang ada G6PD. matanya bengkak sebab allergik. Ramai kawan2 komen mendoakan Adam. Alhamdulilah mata dah mula surut tetapi badan dah mula panas. saya dah on ubat demam.
setakat hari ini adam mengalami bengkak kedua2 belah mata, badan menjadi letih tak bermaya, demam dan degupan jantung yang laju.
Masa Baby pernah alami kencing pekat macam warna coca cola. saya panik ingatkan kencing berdarah. masa tu terhidu ubat nyamuk.
G6PD bukan penyakit dan ia hanya kekurangan enzim G6PD tetapi boleh membawa maut.
Ada yang komen & PM bertanya kenapa ia boleh berlaku, sejujurnya saya kurang arif untuk memberikan jawapan yang tepat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekurangan Enzim G6PD
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.
Diagnosa
Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.
Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.
Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.
Gejala/Tanda-tanda
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.
Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah
kelihatan pucat
tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
pening
degupan jantung yang laju
sukar bernafas
sakit dada
Akibat daripada hemolisis
Jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak. Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan.
Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis.
Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.
Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di bawah agar tidak termasuk di dalam susu ibu.
Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.
Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.
Makanan dan herba yang perlu dielakkan;
Kacang parang (fava beans)
Ubat China
Chuen Lin
San Chi
13 herbs
12 herbs
Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)
Bahan lain yang mesti dielakkan:
Ubat gegat (moth balls)
Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang mesti dielakkan
Acetanilide
Doxorubicin
Furazolidene
Methylene Blue
Nalidixic acid
Niridazole
Nitrofurantoin
Phenozopyridine
Primaquine
Sulfamethoxazole
Bactrim
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik :
Paracetamol
Ascorbic acid
Aspirin
Chloramphenicol
Chloroquine
Colchicine
Diphenhydramine
Isoniazid
Phenacetin
Phenylbutazone
Phenytoin
Probenecid
Procainamide
Pyrimethamine
Quinidine
Streptomycin
Sulfisoxazole
Trimethoprim
Tripelennamine
Vitamin K
Mefloquine
Semoga bermanfaat kepada semua ibu ayah yang ada anak G6PD .
kacang parang
Lampu Fototerapi