Monday, September 2, 2019

Makanan sunnah yang boleh diamalkan.




Menjaga pemakanan sangat penting untuk satu organ kita yang sangat penting iaitu otak.

Makanlah dari rezeki yang baik-baik sebagai tanda syukur pada nikmat dari Allah swt. 

Menjaga pemakanan bermakna kita juga menjaga tubuh fizikal yang dikurniakan Allah swt. 




Madu adalah antara agen penyembuh penyakit. Mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein dan pelbagai zat galian yang mampu menguatkan daya ingatan dan kecerdasan mental.




Kismis juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak




kurma dapat menguatkan tulang,  mengawal berat badan, mencegah kanser. Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ini telah meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.




Buah tin memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi dapat mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak.




Minyak ziatun menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menguatkan sistem imunisasi.





Habatus sauda ini sangat baik bagi meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit. Membantu pemulihan keadaan otak seterusnya mengoptimumkan kapasiti otak.




Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.


No comments:

Post a Comment

Copyright@semua hak milik Noor Faina Iliana Mansor