Friday, September 27, 2019

Sri Ayu atau Puteri Ayu



Sejak akhir-akhr ini timbul minat nak buat kuih2 tradisional atau dalam kata lain yang leceh untuk disiapkan. 

Ada sesetengah kuih, banyak proses yang perlu disediakan tetapi hasilnya jika menjadi boleh membuatkan tersenyum sendiri.

Kali ini saya cuba siapkan kuih Sri Ayu. Ada juga dikenali sebagai kuih Puteri Ayu. Mana-mana pun boleh asalkan kuih yang sama.

Mula-mula baca resepi macam leceh juga tetapi boleh ikut lankah demi langkah, hei ok je!. Disebabkan satu rumah sukakan kuih nis saya simpan resepi cara saya di blog ini.

Resepi Sri Ayu / Puteri Ayu

Bahan-bahan :-

- 3 biji telur
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu kecil ovellete
- 2 cawan tepun gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 cawan santan
- 1 penutup esen pandan
- 1 penutup pewarna hijau
- 1/2 biji kelapa parut ( yang putih sahaja)
- secubit garam
- 1 sudu kecilTepung gandum

Cara-caranya :-

- pukul telur, gula, ovalette, baking powder dan esen pandan hingga putih dan kembang
- Masukkan santan dan tepung berselang seli
- Gaul sebati, asukkan pewarna dan pukul lagi
- Sapu acuan dengan sedikit minyak
- kukus sekejap kelapa parut, tepung gandum dan garam 
- Tekan kelapa di dasar acuan dan tuang adunan ke dalam acuan
- kukus 10-15 minit.

* Nak cepat saya guna 2 set acuan yang berbeza bentuk.


Pukul telur, gula, ovallete dan baking powder



Pukul sampai putih dan kembang masukkan tepung gandum



Tepung dah sebati masukkan pula pewarna pukul sebati



Tekan kelapa di dasar acuan



Masukkan adunan hinga paras acuan



Masukkan adunan hingga paras acuan






Adunan dah mula kembang



Kukus selama 10-15 minit



Guna api sederhana



Bentuk acuan pertama



Bentuk acuan kedua


Selamat mencuba !!



Monday, September 23, 2019

Makanan yang sesuai untuk perkembangan anak-anak

Amalkan pemakanan sihat untuk asah dan kuatkan ingatan anak-anak.



Madu





susu kambing




Minyak ikan





Kekacang





Halia

Inti karipap kentang dan ikan bilis



Siapa yang suka makan karipap pasti pernah melalui bermacam-macam situasi kan? kadang-kadang beli kulitnya sedap tetapi inti tiada rasa.

Kadang-kadang beli intinya sedap sangat tetapi kulit pula keras dan berminyak.

Susah untuk mendapatkan karipap yang akan memenuhi citarasa sendiri. 

Oleh sebab itu saya cuba masak inti karipap ikut resepi mak saya.

Resepi inti karipap kentang dan ikan bilis

Bahan-bahan :-

- 1kg ubi kentang 
- 2 biji bawang besar
- 6 sudu makan serbuk kari
- 5 helai daun bawang
- segenggam ikan bilis 
- daun kari
- 3 sudu teh garam
- 3 sudu makan gula
- sedikit air
- minyak untuk menumis


Cara-caranya :- 

- Ubi kentang dipotong dadu dan direbus terlebih dahulu
- Panaskan minyak, tumis bawang besar yang dipotong dadu dan daun kari
- Apabila bawang dah kekuningan, masukkan ikan bilis yang dikisar kasar, gaul hingga sebati
- Kemudian Masukkan rempah kari dan sedikit air hingga pecah minyak
- Perasakan dengan garam dan gula
- Masukkan ubi kentang ang telah separuh empuk, gaul sebati
- Masukkan daun bawang dan padamkan api.
- Tunggu sehingga inti sejuk



Sediakan bahan-bahan



Rebus kentang hingga separuh masak


Tumis bawang besar dan daun kari



Bawang agak kekuningan, masukkan ikan bilis 



Masukkan rempah kari dan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak



Masukkan ubi kentang yang telah direbus



Kacau sebati dan masukkan daun bawang



Tunggu sehingga inti sejuk.


Selamat mencuba !




Kulit karipap rangup diluar lembut di dalam



Selalu bila balik kampung, mak mesti ajak buat karipap. Sambil-sambil sembang uli tepung dan canai jadikan kulit karipap.

Saya bukan sejenis yang rajin atau pandai sangat buat kuih-kuih ni. Mak selalu buat lebih untuk frozen dan bawa balik ke rumah saya. Satu adunan mak dapatlah dalam 50 biji.

Anak-anak suka snagat makan karipap, tok bila fikirkan cucu macam tu lah.

Lama-kelamaan saya rasa kenapa saya tak cuba buat sendiri. Dah lama mak bagi resepi. setiap kali ber whatsapp atau telefon mesti mak tanya, ' dah buat karipap ka? buat lah anak-anak suka.'

Akhirnya sampai seru juga saya buat sendiri. Alhamdulilah kulit yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Resepi kulit karipap.

Bahan - bahan :-

- 1kg tepung gandum
- 1 cawan minyak masak
- 2 sudu makan marjerin
- 350ml air


Cara-caranya :-

- Panaskan minyak dan marjerin dalam periuk.
- Apabila marjerin dah cair dan minyak dah panas, tuang ke dalam tepung dan gaul hingga sebati
- Kemudian masukkan air dan uli hingga doh tidak melekat di tangan
- Kemudian masukkan dalam plastik
- perap selama 1 jam supaya lembut dan berminyak
- Canai doh dan masukkan inti
- kelim dan goreng hingga garing.


Cara-cara jika menggunakan bread maker :-

- Panaskan minyak dan marjerin dalam periuk.
- Apabila marjerin dah cair dan minyak dah panas, tuang ke dalam bekas pengadun bread maker yang berisi tepung
- Kemudian masukkan air dan setting fungsi doh
- pengadun akan mengadun tepung mengikut masa yang telah disetting hingga tepung sebati.
- rehatkan sekejap supaya lembut dan berminyak
- Canai doh dan masukkan inti
- kelim dan goreng hingga garing.


* untuk frozen boleh digoreng sekejap 




Setting fungsi doh pada bread maker. Uli doh hingga sebati



Canai doh dan masukkan inti. kelim menggunakan sarang karipap




lapik plastik sebelum digoreng untuk mengelakkan melekat satu sama lain.



Goreng menggunakan minyak panas dengan api yang sederhana.


Selamat mencuba !



Sunday, September 22, 2019

Apam mekar simple




Resepi apam mekar ni saya ambil dari mak.cik saya. Mak cik memang ambil tempahan di pulau pinang. Bila balik kampung selalu mak cik bawa sebagai buah tangan.

Saya pada mulanya memang terispirasi dengan mak.cik. Macam mana boleh buat apam yang gebu dan mekar pula macam bunga.

Apabila sendiri cuba buat, pada kali pertama memang banyak yang tak jadi. maklumlah kali pertama. Yang tak jadi tu bila adunan tak kembang dan terpecah tiga atau empat tetapi rasa tetap ada.

Kemudian saya cuba lagi sehingga lah ada kawan tempah untuk katering beliau. Berkali-kali cuba dan Alhamdulilah, kali ni betul2 menjadi.


Di sini saya kongsikan resepi untuk semua dan semoga bermanfaat.

Bahan-bahan :-

- 3 biji telur
- 2 cawan gula halus
- 3 cawan tepung gandum 
- 1 cawan air ais krim soda
- 1 sudu makan ovallete
- 1 sudu teh esen vanila
- pewarna

Cara-caranya:-

- Masukkan telur, gula halus, ovallete dan esen vanila. pukul hingga kembang dan gebu menggunakan mixer.

- kemudian masukkan tepung dan ais krim soda berselang seli hingga habis. saya buat 3 kali.

- pukul sekejap hingga adunan sebati.

- bahagi adunan kepada dua bahagian. untuk bahagian tengah sedikit sahaja.

- Masukkan mangkuk kertas ke dalam loyang. jika menggunakan loyang sapu sedikit minyak supaya tidak melekat.

- Didihkan air dan kukus selama 10-15 minit.

- Apabila masukkan adunan perlahanan api.

* Ais krim soda itu air gas dalam botol. saya tanya soalan ni. ' ais krim soda tu macam mana?' 





 Pukul telur, gula halus, ovallete dan esen vanila hingga kembang dan gebu



Masukkan tepung dan ais krim soda berselang seli.



Pukul sekejap sehingga semua bahan sebati



Bahagi adunan kepada 2 bahagian. satu bahagian letakkan pewarna pilihan



Masukkan cawan kertas dalam loyang bulat saiz kecil



kukus dengan api perlahan selama 10-15 minit



Kejadian apam mekar selepas 15minit.


Selamat mencuba semua !



Thursday, September 12, 2019

Mi goreng Numee simple





Saya dan keluarga suka sangat Mi goreng. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada menu mi goreng.

Selalunya saya masak yang simple sahaja tetapi yang penting mesti ada telur.

Tak ada telur tak lengkap rasanya mi goreng saya. Saya suka goreng basah-basah. Apabila telur bersalut dengan mi memang menyelerakan.


Resepi Mi goreng saya.


Bahan-bahan :-

- 1 bngkus Mi kuning numee
- 2 bijiTelur
- 2 batang sawi @ small pak choy
- 5 sudu makan Cili kering kisar
- 2 ulas Bawang putih
- 1 labu Bawang besar
- 3 sudu makan  Sos cili
- 2 sudu makan Sos tomato
- 5 sudu makan Kicap
- Garam secukup rasa
- 1 cawan air Sedikit air
- 2 helai daun bawang untuk hiasan

Cara-caranya :-

- Kisar cili kering hingga hancur ( saya selalu memang ada stok kisar banyak siap2)

- Kisar bawang putih dan bawang besar ( kalau malas hiris halus pun boleh)

- Mi saya rendam air biasa dan bilas dengan air panas

- Panaskan minyak, tumis bawang yang dikisar

- Bawang dah naik bau, masukkan cili kisar.

- Tunggu hingga pecah minyak masukkan sos cili, sos tomato dan kicap

- Masukkan sedikit air biarkan mendidih, masukkan telur. ( Telur pecahkan di dalam mangkuk dahulu ya)

- Kemudian masukkan me gaul balik dan masukkan sayur.

- Perasakan dengan garam dan siap.


Sediakan semua bahan-bahan

 Tumis bawang besar dan bawang putih yang  dikisar


 Masukkan cili kering yang dikisar, masak hingga pecah minyak

 Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap lemak manis

Masukkan sedikit air dan telur 

 kemudian masukkan mi numee

 Mi dah agak lembut dan masukkan sayur


Gaul sebati dan dah boleh tutup api



Taburkan daun bawang


Selamat mencuba !