Apa itu Affiliate Marketing?
Affiliate Marketing adalah proses menerima komisyen apabila berjaya mempromosikan dan menjual produk atau servis orang lain secara online.
Mari kita lihat cara Affiliate Marketing berfungsi:
Sebelum anda menerokai dunia Affiliate Marketing, anda perlu mendaftar pada rangkaian Affiliate.
1. Daftar di sini untuk memulakan karier anda sebagai Affiliate Marketer.
2. Anda perlu menghasilkan link Affiliate bagi setiap produk atau servis yang mahu dipromosikan.
3. Hasilkan content yang berkaitan dengan produk atau servis yang dipilih untuk dipromosikan.
Contoh:
Jenis Penerbit | Contoh Content |
---|---|
Blogger | Artikel blog mengenai review produk |
Influencer atau Content Creator | Facebook/Instagram/Twitter post, atau Youtube video membuat review produk |
4. Kongsikan content anda kepada pengikut online anda.
5. Anda akan menerima komisyen jikalau pengikut anda klik pada link Affiliate anda dan membeli produk atau servis yang dipromosikan.
Terdapat pertindihan konsep antara Affiliate Marketing dan juga dropshipping. Jadual dibawah dapat menerangkan perbezaannya dengan jelas:
Dropshipping | Affiliate Marketing | |
---|---|---|
Modal | Tidak perlu | Tidak perlu |
Produk | Menjual produk orang lain | Menjual produk orang lain |
Khidmat pelanggan | Dropshipper perlu layan | Antara pembeli dan penjual |
Struktur komisyen | Anda yang menentukannya | Ditetapkan oleh Pengiklan |
Kesukaran | Susah | Kurang Susah |
Cara mendapatkan komisyen | Menjual kepada pelanggan | Mempromosikan content |
Mengikut jadual di atas, kaedah membuat duit menggunakan Shopee yang paling senang adalah dengan menggunakan Affiliate Marketing.
Oleh itu, saya telah mengumpulkan 2 keperluan membuat duit dengan Shopee menggunakan kaedah Affiliate Marketing:
Buat Duit Dengan Shopee Tanpa Produk Dengan Affiliate Marketing
Apa yang anda perlukan untuk mula membuat duit di Shopee dengan Affiliate Marketing?
Pengikut Online: Anda memerlukan profil media sosial yang mempunyai pengikut. Anda akan mempromosikan produk-produk Shopee kepada pengikut anda.
Peralatan: Anda hanya memerlukan dua gajet: Sebuah laptop dan sebuah peranti (smartphone).
Berikut adalah 6 langkah untuk memperoleh keuntungan di Shopee tanpa sebarang produk:
1. Daftar sebagai seorang Penerbit di Rangkaian Affiliate Involve.
2. Pilih produk di Shopee yang anda rasa pengkut Shopee anda akan suka dan beli.
3. Generate link Affiliate anda di dashboard Involve.
4. Buat content bermanfaat untuk pengikut anda dan masukkan link Affiliate kedalam content anda.
5. Promosikan content yang mengandungi link Affiliate kepada pengikut anda.
6. Jika pengikut anda menekan link Affiliate dan membeli produk tersebut, anda akan memperoleh komisyen.
SELAMAT MENCUBA.
No comments:
Post a Comment
Copyright@semua hak milik Noor Faina Iliana Mansor