Wednesday, October 9, 2019

Ikan kerapu steam




Minggu lepas suami pergi memancing di Mersing. Alhamdulilah dapat rezeki banyak ikan kerapu dan beberapa jenis ikan yang lain. Separuh daripada ikan tu saya dah bagi pada 
jiran-jiran.







Kerapu


Selalu kalau kerapu saya biasa masak tiga rasa atau steam sahaja. Kali ini saya masak kerapu steam.

Cara saya senang sahaja.

Bahan-bahan :-

- 1 ekor ikan kerapu
- 3 batang serai
- 2 inci halia
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1 labu bawang besar di potong halus
- 1 labu bawang holland di potong sederhana
- 3 helai daun sup
- 2 sudu sos ikan
- 1/2 biji lemon
- garam lumur pada ikan
- 1 batang lobak merah
- 3 cili padi
- 1 cili merah

Cara-caranya:- 

- Basuh ikan menggunakan air asam jawa.
- Lumurkan garam pada ikan dan letak dalam bekas
- potong semua bahan dan tabur di atas ikan
- Masukkan 1/2 cawan air
- kukus selama 10-15 minit 




Masukkan ikan dan semua bahan



Kukus selama 10-15 minit

Dah siap.


Selamat mencuba!







Wednesday, October 2, 2019

Lompang gula merah



Saya suka makan kuih-kuih tradisional atau kuih orang dulu-dulu. Dari dulu bagi saya kuih lama ini susah nak buat sebab sesetengah kuih ada dua tiga jenis kaedah ya. Baca resepi sahaja saya rasa susahnya.

Tetapi jika teliti dan fahami setiap langkah tersebut macam mudah dan Insya Allah akan jadi kuih yang kita nak cuba buat itu.

Proses akan jadi mudah dan cepat jika kita tahu nampak gambaran teknik satu-satu jenis kuih tersebut.

Hari ni saya cuba buat lompang pula.

saya kongsikan resepi di sini ya.

Resepi kuih Lompang gula merah


Bahan-bahan :- 

- 1 1/2 cawan tepung beras 
-1 sudu besar tepung ubi kayu 
- 1 sudu kecil air kapur 
- 1/2 cawan gula merah 
- 1/2 cawan gula pasir 
- 2 1/2  cawan air  
- 3 helai daun pandan 
- Kelapa parut yang putih 
- secubit garam halus
-gaul rata kelapa parut dan garam, kukus seketika


Cara-caranya :- 

- Masukkan gula merah, gula pasir  serta 1 1/2  cawan air dalam periukdan masak sehingga gula larut bersama daun pandan dan sejukkan.

-  Masukkan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur dan 1 cawan air. Gaul sebati. 

- Masukkan air gula yang disejukkan tadi dan kacau lagi hingga sebati semuanya. 

- Panaskan periuk kukusan. masukkan bancuhan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 10 - 15minit atau pun sehingga masak. 

- Angkat kuih lompang yang telah masak dan rendam dalam air supaya mudah dikeluarkan dari acuan.

5. Keluarkan lompang dari acuan dengan menggunakan lidi  dan letakkan kelapa parut di atasnya. 

* acuan boleh juga disapu sedikit minyak untuk mengelakkan melekat pada acuan.



Panaskan gula, gula merah air dan daun pandan sehingga larut.



Masukkan tepung beras, tepung ubi dan air gaul sebati



Masukkan gula, gula merah, air yang dah sejuk kedalam tepung




Gaul sebati semua bahan


Masukkan bancuhan ke dalam bekas lompang



Kukus selama 10-15 minit atau sehinga masak



Rendam acuan sekejap supaya mudah dikeluarkan 



Hasil lompang yang dah dikeluarkan dari acuan


Selamat mencuba!