Thursday, May 28, 2015

Panduan dan tip membeli Rumah Pertama

Assalamualaikum.....

Baru Selesai settle urusan rumah di Alam Budiman..Shah Alam.
Apartment Alam Budiman

Sebelum ni selalu terfikir macam mana nak beli rumah?...mesti ada saving atau duit yang cukup untuk down payment?, bayar lawyer? dan macam2 persoalan.

Ok hari ni saya nak share sikit tips proses pembelian rumah....semoga membantu sesiapa yang tengah pening macam saya...

1. LOKASI YANG SESUAI

Dekat dengan tempat kerja or yang tak jam sangat ( lama2 akan jam bila penuh dengan pembangunan)

2. DEVELOPER 

Tengok developer, check projek yang tengah buat progress ok ke tak...supaya tak akan berlaku developer lari tinggal rumah terbengkalai...

3. ok dah jumpa lokasi dan developer yang berkenan di hati...pergi call sales office atau pun office developer tanya status kawasan or rumah yang dalam permbinaan tu...

4. kalau belum dirasmikan...tunggu dan pergi pada hari tersebut dan buat booking...kalau dah dirasmikan dan dibuka untuk jualan terus je la booking...

5. kalau berminat dengan rumah PRIMA atau pun dengan kerajaan negeri pergi la ke website tersebut...mesti register terlebih dahulu...dan tunggu untuk tawaran yang bersesuaian dengan kriteria rumah yang kita pilih...( ada syarat yang dikenakan...boleh check jugak kat website )

saya telah memilih rumah di bawah kerajaan negeri Selangor...pergi ke website isi semua maklumat lengkap dan tunggu kelulusan dari LPS.
 kemudian hantar maklumat lengkap yang telah diisi di website ke sales office kawasan yang kita pilih.

memang kalau dah rezeki berpihak kepada kita In Sya Allah semua akan berhasil....
seminggu selepas mengisi malumat dan menghantar dokumen lengkap ke sales office...saya mendapat SMS yang mengatakan saya ditawarkan rumah dan diminta hadir ke sales office untuk mengambil surat tawaaran dan membayar booking....gembira yang tidak terhingga dan syukur Alhamdullilah.

kemudian kami diberi masa selama 2 minggu untuk mendapatkan pinjaman dari pihak bank, menandatangani S&P dan mambayar deposit 10%. delay jugak seminggu sebab masa tu cuti panjang.

saya hantar permohonan pinjaman kepada 3 bank. Maybank, RHB & CIMB. ( lagi senang developer dah ade panel bank dan lawyer siap PIC lagi...atau pun tanya pada developer bank & lawyer panel) saya terus contact PIC untuk submit document semua saya buat melalu email sahaja.

Dalam masa seminggu dah dapat tawaran dari Maybank, CIMB & RHB (RHB make sure nama tak black list ya...kalau tak kena settle kan dulu baru bank akan proses permohonan.) selepas tengok ketiga2 LOA saya telah memilih Maybank kerana IBR paling rendah...saya masukkan legal fee dan insurance dalam loan rumah....loan sehingga 95% selama 35tahun...

Selepas sign agreement dengan bank terus call lawyer untuk sign S&P...bayar legal fee untuk S&P dan dah dapat S&P. then bawa S&P dan LOA Bank untuk pengeluaran KWSP. ( S&P saya nama  bersama dengan suami sebab dua2 orang nak keluarkan KWSP...so boleh la keluarkan sorang separuh...KWSP boleh dikeluarkan 20% sahaja dari harga rumah dari akaun ke2.)

Then pergi bank untuk buat Bank Draf bayar down payment 10% kepada developer...saya keluarkan saving sementara menunggu duit KWSP terbang ke akaun saya.....( hanya mengambil masa 3hari bekerja sahaja )

Rasanya tak la susah sangat macam yang saya dok pening2 tu.....tapi sebelum tu banyak jugak buat research kat blog2 dan kawan2...ambil tips2 yang boleh dijadikan panduan.

Saya simpan COE ( Choronology of event ) bagi setiap proses yang saya lakukan supaya semua aktiviti ada bukti tertulis...boleh letak date, pic dan action. ( pinjaman bank dalam tempoh masa yang sangat lama...memerlukan ketelitian semua urusan...kita tak tahu kan apa yang bakal berlaku di masa hadapan...

Dalam masa 3 minggu semua urusan berjaya diselesaikan....hanya menunggu masa untuk move in( siap pada dec 2015 ) dan bayar pada bank bulan2.

Yang paling best rumah ni menjadi rumah idaman saya sebab material luaran yang digunakan adalah bata merah...lain dari yang lain...teknologi yang diimport dari german.

Ini la beberapa gambar rumah baru saya....in sya allah..







Floor plan














 ni gambar2 rumah contoh....cantik kan agak2 mampu ke kalau nak buat rumah macam ni.

the best part is ada kawan satu office pun dapat rumah ni jugak...so ada kawan susah dan senang hihihi....Fara Yan Juri den hanto anak kt rumah you ya...i nak nak kluar pergi tengok wayang hahahha.

Semoga dapat membantu serba sedikit bagi sesiapa yang tengah pening macam saya dulu....tapi dah lalui tak susah mana pun...kena dia punya step...semua berjalan dengan lancar dengan izin dari Allah.






Wednesday, May 27, 2015

Percubaan Terbaru - Menjahit

Assalamualaikum.....

dah lama tak update...baru hari ni rasa rajin skit nak update...
saja je nak kongsi pengalaman baru...
belajar menjahit konon2nya...

dah lama ada niat nak menjahit tapi baru2 ni baru sampai serunya...
cakap dengan BFF dan Alhamdulillah....terus ajak beli mesin jahit...

dok godek2 kat FB, terjumpa plak Facebook Karysma Store...tengah buat promosi combo...

bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal la...

harga pun ok kot...


Set COMBO GS2700 RM950.00 SAHAJA !!

Anda dapat :-
Mesin Jahit Brother GS2700 (bernilai RM849.00)
Set Benang 80pcs (bernilai RM40.00)
Set Tapak MEsin 32Pcs (bernilai RM190.00)

Walk in:-
Karysma store
C-9-G, Jalan serai wangi 16L, 
alam avenue 2, seksyen 16, 
40200 shah alam
btentangan puspakom padang jawa

Ni ye gambarnya....


Baru belajar jahit lurus...my BFF yang jadi mentor....al maklum la pandai sikit daripa den....hihihi...
semalam try buat sarung bantal baby...


Tadaaa....ok tak..terjumpa selimut lama yang dah diguna...so kita potong2 jahit jadi la sarung bantal nie....

bagi semangat untuk terus balajar jahit...mana tau boleh jadi sumber rezeki baru nanti ....In Sya Allah...semoga Allah permudahkan segala yang akan aku usahakan....